Assalamualaikum w.b.t

Laman Web Hospital Slim River dibangunkan adalah sebagai pusat untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan hospital ini di mana ia adalah khusus untuk orang awam dan sesiapa sahaja untuk melayarinya sama ada di rumah,pejabat mahupun di cybercafe. Ini memberikan kemudahan tanpa perlu pergi ke pejabat dan menunggu waktu rasmi untuk mendapatkannya.

Secara ringkasnya, Hospital Slim River adalah gantian kepada Hospital Tg. Malim yang dibina dengan kos RM150 juta, siap pada Disember 2000 dan mula beroperasi pada 21 Mac 2001. Ia dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tuanku Sultan Azlan Shah pada 16 Mei 2002. Hospital ini adalah hospital pakar yang ke-5 di negeri Perak dan memberikan perkhidmatan bukan saja untuk daerah Batang Padang tetapi juga untuk penduduk negeri Selangor yang berdekatan. Jenis perkhidmatan pakar kini meliputi Sakit Puan ,Kanak-kanak, Bedah, ENT, Psikiatri dan Bius dengan menggunakan 150 dari 250 katil.

Oleh itu, diharapkan semua anggota yang bertugas di hospital ini dapat menggunakan laman web ini dengan sepenuhnya. Makluman seperti jadual aktiviti hospital yang terkini boleh diakses dengan mudah untuk rujukan.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang pernah melayari laman web ini dan selamat melayari laman web Hospital Slim River dari masa ke semasa.