Panduan Amalan Klinikal (CPG)

PERUBAHAN WAKTU MELAWAT HOSPITAL SLIM RIVER

Susulan penularan kes COVID-19, Hospital Slim River mengambil langkah berikut bagi mengurangkan risiko jangkitan dikalangan pesakit, pelawat dan warga HSR iaitu:

1. Mengurangkan jumlah pelawat iaitu maksima dua(2) orang pelawat sahaja dibenarkan untuk setiap pesakit pada satu-satu masa.

2. Larangan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah melawat pesakit di wad dan kawasan berisiko diKEKALKAN.

3. Memendekkan masa melawat kepada

     1.00 petang - 2.00 petang, dan 

     5.00 petang - 7 petang

    setiap hari bekerja, cuti umum dan cuti am.

4. Para pelawat yang mengalami gejala seperti demam / batuk /  selsema / cirit birit / muntah tidak digalakkan melawat pesakit sama sekali.

5. Pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti yang menghidap penyakit kronik dan individu dengan imuniti rendah (contoh pesakit dalam rawatan barah) tidak                  

    dibenarkan melawat hospital KECUALI atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

 

Peraturan ini berkuatkuasa SERTA MERTA dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

 

Pengurusan Hospital Slim River,

15 Mac 2020