Terletak di tapak lama Hospital Tg Malim yang sekarang telah menjadi Klinik Kesihatan Tg Malim. Apabila pembukaan Hospital Slim River unit ini masih kekal di Tg Malim atas sebab tertentu dan permintaan penduduk setempat  kerana berdekatan dengan Bandar dan kemudahan pengangkutan awam .Terletak diluar kawasan (offsite facilities) 25 km dari Hospital Slim River . Unit ini mulai beroperasi sepenuhnya mulai July 2001 dikenali UNIT HEMODIALISIS TG. MALIM ( HOSPITAL SLIM RIVER ) .

Memberi perkhidmatan dialysis pada pesakit yang tinggal disekitar Tg Malim , Slim River , Sungkai , Felda Besout , Felda Trolak dan kawasan Hulu Selangor.Pesakit pesakit yang mendapat rawatan diunit ini perlu melalui pemeriksaan saringan dan keputusan mendapatkan tempat rawatan akan ditentukan oleh Pakar Nefrologi dan tertakluk pada kekosongan tempat.

Visi

Setiap pesakit ESRF yang menjalani dialisis di sini akan mendapat kualiti hidup yang sempurna seperti insan lain yang sihat serta mengelakkan komplikasi penyakit lain.

Misi

Standard kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik dan saksama dan pesakit akan gembira mendapat rawatan disini.

 

Aktiviti Utama

Menjalankan dialysis untuk pesakit

  • Pesakit ESRF mendapat dialisis yang secukupnya setiap kali rawatan dijalankan.

Memberi khidmat nasihat dan kaunseling

  • Kakitangan unit bersedia memberikan pendidikan kesihatan berkaitan panduan pemakanan bagi pesakit ESRF, pengambilan ubatan yang betul, waktu dialisis yang cukup dan sebagainya.

Menjalankan klinik setiap 3 bulan sekali

  • Pesakit akan disediakan untuk klinik yang akan dijalankan oleh Visit Nefrology Hospital Ipoh.

Rujukan Pesakit

  • Pesakit akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan atau ke Hospital lain untuk rawatan lanjut

 

Objektif Kualiti

Memastikan pesakit mendapat rawatan hemodialisis sekurang-kurangnya 4 hingga 4 ½jam kecuali kes-kes yg mengalami komplikasi

 

Objektif Khusus

1          IMPROVE SURVIVAL WITH MINIMUM COMPLICATION

2          BETTER QUALITY OF LIFE

3          BETTER REHABILITATION

4          BETTER WELL BEING

5          LESS HOSPITALIZATION

Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan yang cekap dan efisen didalan suasana yang selesa , bersopan santun dan bertimbang rasa.

Setiap pelanggan akan diberikan rawatan Hemodialisis mengikut jadual dengan jangkamasa 30 minit selepas ketibaan.

Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan kaunseling tentang masaalah pemakanan, ubat ubatan dan rehabilitasi.

Setiap pelanggan akan di berikan latihan , tunjuk ajar serta diberi pengetahuan yang terkini dalam bidang rawatan hemodialisis.

Pengambilan pesakit baru akan diutamakan kepada pesakit yang telah berdaftar diunit ini.

 

Info Unit
Nama pusat :  Unit Hemodialisis Tg. Malim ( Hospital Slim River ) 35900 Tg. Malim,Perak .

Tarikh beroperasi : 10 July 2001

Waktu operasi :

  • 1 shif  :  7.00pg – 2.00ptg
  • 2 shif  :  11.00pg – 6.00ptg

Bilangan Mesin Hemodialisis  :  9 buah mesin (model Fresenius 4008S)

  • 1 mesin (hepatitis C positif)
  • 8 mesin (hepatitis negatif)

Perkhidmatan rawatan hemodialisis utk pesakit yg mempunyai status Hepatitis B positif hanya dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sehingga kini.