Unit Anestesiologi

Unit Rawatan Rapi / Jantung mula beropersi pada 5 Januari 2004. Unit ini mempunyai 7 buah katil iaitu 5 katil ICU dan 2 katil CCU.

Visi ICU / CCU

Menjadikan Unit Rawatan Rapi dan Jantung sebagai sebuah unit yang dapat memberikan perkhidmatan menyeluruh dan cekap, berkesan serta berkualiti

Misi ICU / CCU

Sentiasa memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan secara efisyen dan berkualiti dengan menerapkan nilai-nilai baik, teknik kemahiran yang tinggi dan mengikut konsep rawatan terkini

Objektif Unit

  1. Menjamin taraf penjagaan pesakit yang bermutu tinggi
  2. Menentukan tahap kesihatan dan keselesaan pesakit dijaga setiap masa
  3. Menentukan keluarga pesakit menerima penerangan jelas berkenaan keadaan pesakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit
  4. Menjalankan program latihan dan dorongan kepada anggota kejururawatan bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan