Wad 6 mula beroperasi pada 7hb April 2014. Kekuatan katil 7 (bed strength ) 5 katil untuk pesakit perempuan dan 2 katil untuk pesakit lelaki. Tetapi wad untuk pesakit lelaki masih dalam perancangan untuk dibuka kerana kekangan anggota yang tidak mencukupi. Untuk sementara pesakit lelaki akan dirawat di wad 9 iaitu wad surgical di aras 5.

Lokasi: terletak di aras 4 , berhadapan dengan  wad 7 (wad untuk pesakit kes Mers Cov ), unit CSSD dan Unit Rawatan Harian.

Perkhidmatan rawatan Psikiatri dan Kesihatan Mental adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Slim River. Jabatan ini telah diwartakan untuk memberi perkhidmatan perawatan psikiatri dan kesihatan mental bagi kawasan sekitarnya bermula pada tahun 2002. Jabatan Psikiatri adalah disiplin yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau pesakit yang mengalami penyakit gangguan mental. Pelanggan dirujuk melalui Jabatan Kecemasan, Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan/Swasta dan Hospital-hospital yang berhampiran di sekitar Daerah Batang Padang dan Daerah Hulu Selangor.

Terdapat  23 anggota kerja di Wad 6 iaitu seorang Pakar Psikiatri Gred Khas C yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Psikiatri , dengan dibantu oleh seorang Pakar Psikiatri dan 4 Pegawai Perubatan .1 orang Ketua Jururawat , 1 PPP U32 (KUP) incaj Klinik Methadon, 1 JTU32 (KUP) dan 9 orang jururawat U29  serta 5 orang PPK U11 termasuk seorang PPK Sambilan.

 

 AKTIVITI

   

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

 

OBJEKTIF

RATIONAL

TEMPOH

1

Rawatan Pesakit Luar          

Memberikan perkhidmatan kepada klien yang memerlukan   rawatan susulan secara pesakit luar

Sesuai untuk pesakit yang memerlukan rawatan yang berterusan

Sepanjang tahun

 

 

 

2

Rawatan Pesakit Dalam

Memberikan rawatan kepada pesakit psikiatri yang akut dan penyakit berulang

Pesakit memerlukan perawatan dan pemerhatian di dalam wad

 

Sepanjang tahun

3

Rawatan Komuniti Psikiatri

Memberikan rawatan dirumah untuk mengelakkan relap dan rawatan cara ini adalah berkesan keatas kes kronik yang tiada kecelikan penyakit dan kurang sokongan keluarga

 

Kadar kemasukan ke wad dapat dikurangkan

Sepanjang tahun

4

 

 

Rehabilitasi

Psikososial

Program pemulihan skil sosial untuk pesakit psikiatri

 

Memulihkan pesakit supaya mereka boleh kembali dan diterima oleh masyarakat

Sepanjang  tahun

5

Klinik Methadon

Program pemulihan skil sosial untuk klien methadon dan harm reduction

Memulihkan klien methadon supaya mereka berkeyakinan dan dapat kembali ke pekerjaan

Seperti yang dijadualkan

 

VISI JABATAN PSIKIATRI

            Menjadi sebuah jabatan yang cemerlang dan unggul dengan memberi perawatan psikiatri yang profesional, berkualiti, mesra, berhemah dan penyayang.

 

MISI JABATAN PSIKIATRI

            Berusaha memberikan suasana penjagaan dan perkhidmatan psikiatri yang cekap dan mesra melalui komitmen anggota kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam menangani permasalahan pesakit psikiatri.

 

OBJEKTIF JABATAN PSIKIATRI

  • Memberi kemudahan rawatan psikiatri kepada semua penduduk sekitar Daerah Batang Padang khasnya dan amnya kepada semua yang memerlukannya.
  • Menyediakan, mempertingkatkan serta memperbaiki perkhidmatan psikiatri dari masa ke semasa menurut pada keperluan pelanggan.
  • Mengurangkan kadar peningkatan pesakit psikiatri yang mengalami perulangan penyakit (relapse cases).
  • Memberikan ruang bagi pesakit psikiatri menjalani kehidupan di dalam komuniti setempat.
  • Menyedarkan orang awam tentang pemikiran negatif terhadap pesakit psikiatri.