Visi
Mewujudkan sebuah Unit Teknologi Maklumat yang dapat membantu anggota Hospital Slim River di dalam penggunaan aplikasi ICT dan melahirkan anggota yang lebih cekap dan kompeten dalam pengurusan teknologi maklumat di dalam perkhidmatan.
Misi
Memastikan penyelarasan perlaksanaan ICT yang berkesan dapat dilaksanakan bagi mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang melalui khidmat yang bermutu tinggi selaras dengan teknologi terkini.
Objektif
Merancang dan melaksanakan program perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada jabatan mengikut dasar ICT semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan serta merangka program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan dan perlaksanaan ICT di peringkat jabatan.