Unit Fisioterapi

Pengenalan

Unit Fisioterapi Hospital Slim River telah beroperasi mulai tahun 2001 oleh seorang  Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U29) dengan statistik bilangan pesakit seramai 1920. Pada tahun 2007 perjawatan ditambah iaitu Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U32) , 2 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U29) dan turut dibantu oleh 2 Orang Pembantu Perawatan Kesihatan (U11).

Pada tahun 2010, perjawatan ditambah  lagi iaitu Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U29).

Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit luar dan dalam serta aktiviti yang mempromosikan fisioterapi.

Visi

Menyediakan perkhidmatan rawatan fisioterapi yang cemerlang kepada pelanggan.

Misi

Menyediakan kemudahan perkhidmatan dan kaedah rawatan fisioterapi yang berkesan dan menepati amalan ’evidence base’.

Objektif Kualiti

Setiap pesakit luar akan diberi nombor giliran dan akan dipanggil untuk menerima rawatan dalam masa 30 minit dari masa rawatan yang ditetapkan dalam kad temujanji.

Setiap pesakit dalam akan dirawat dalam masa 24 jam selepas rujukan di terima pada hari bekerja.

Piagam Pelanggan

Sebaik borang rujukan diterima, temujanji akan diberikan mengikut jadual yang ditetapkan.

Setiap pesakit luar akan diberi nombor giliran dan akan dipanggil untuk menerima rawatan dalam masa 30 minit dari masa rawatan yang ditetapkan dalam kad temujanji.

Setiap pesakit dalam dirawat dalam masa 24 jam selepas rujukan pada hari bekerja. Nasihat dan Program Pendidikan akan diberikan sepanjang rawatan.

Waktu Operasi (pesakit luar & pesakit dalam):

Isnin – Khamis: 8:00 am– 5:00pm

Jumaat: 8:00am- 12:15pm, 2:45pm – 5pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum- Tutup   

 

Melakukan Tugas atas panggilan (on-call) untuk (ICU/HDU/SCN):

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

 

Unit Pemulihan Carakerja

Pengenalan

  • Unit Pemulihan Carakerja mula beroperasi di Hospital Slim River pada 1 Ogos 2005 sebagai aktiviti baru yang menawarkan program rawatan dengan menggunakan aktiviti teraputik sebagai media rawatan ke atas pesakit. Pemulihan Carakerja merupakan profesyen yang mempromosi pemulihan dan kesihatan yang komprehensif. Matlamat utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka.
  • Unit ini dianggotai oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U32 (memangku jawatan sebagai Ketua Unit), 3 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 (diisi penuh) dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Terdapat kekosongan jawatan Jurupulih Perubatan Carakerja U36 yang masih belum diisi selepas pertukaran pada bulan Jun 2014.

Visi

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan Pemulihan Carakerja yang mesra, cekap, berkesan serta memberi kepuasan kepada pelanggan / pesakit.

Misi

  • Unit Pemulihan Carakerja sentiasa berusaha kea rah kemajuan dan perkembangan kerjaya untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pesakit.
  • Memberi pendidikan mengenai rawatan Pemulihan Carakerja melalui ‘Home Program’ dan ‘Support Group’.

Objektif Kualiti

  • Pesakit dalam yang dirujuk akan menerima rawatan Pemulihan Carakerja dalam masa 24 jam waktu bekerja.
  • Pesakit luar yang dirujuk akan menerima temujanji rawatan pertama dalam masa 3 hari bekerja selepas didaftarkan.

Perkhidmatan Utama Yang Diberikan

  • Assessment and Retraining in Activities of Daily Living (ADL)
  • Hand Rehabilitation
  • Burns Rehabilitation (Pressure Garment)
  • Neuro – Medical Rehabilitation
  • Neuro – Surgical Rehabilitation
  • Paediatric Neurodevelopment (Early Intervention Programme)
  • Improve Functional Ability
  • Cognitive Skill Assessment and Training
  • Sensory Integration / Re - Education
  • Social Skill Training / Social Readjustment
  • Relaxation Therapy
  • Splinting
  • Aids & Adaptation
  • Wheelchair Assessment / Prescription / Adaptation /  Training
  • Home / School Visit (Assessment and Adaptation)

 

Waktu Operasi

            Isnin – Khamis                        :           8.00 pagi – 1.00 petang

                                                                        2.00 petang – 5.00 petang

            Jumaat                                     :           8.00 pagi – 12.15 tengahari

                                                                        2:45 petang  – 5.00 petang

            Sabtu, Ahad & Cuti Umum    :           Tutup