Jawatankuasa Surau Hospital Slim River akan mengadakan Majlis Ibadah Korban Sempena Aidiladha pada bulan Ogos 2018.
Sehubungan itu, penyertaan Ibadah Korban telah dibuka mulai 1 Januari 2018 sehingga tarikh tutup penyertaan pada 31 Mac 2018 untuk semua kakitangan kesihatan Hospital Slim River dan keluarga. Sesiapa yang berminat untuk menyertai Ibadah Korban ini bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Unit Hal Ehwal Islam dan hanya 21 penyertaan terawal sahaja akan diambil kira. Anggaran harga untuk satu bahagian korban adalah RM600 sahaja dan upah sebanyak RM25 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Hal Ehwal Islam di talian sambungan 8053.