Parkir Tambahan di Kawasan Hospital Slim River

Dimaklumkan bahawa Pengarah Hospital Slim River telah bersetuju untuk menyediakan tapak parkir tambahan bagi kenderaan awam dan kakitangan. Tempat yang disediakan adalah kawasan padang rumput berhampiran helipad, sekitar kawasan gelanggang tenis serta di sekitar bahu jalan(bukan persimpangan jalan).

Pihak pengurusan berharap dengan adanya penambahan kawasan tersebut akan memudahkan urusan di Hospital Slim River.