Program Dan Aktiviti

Program Ibadah Korban 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Hospital Slim River akan menganjurkan Program Ibadah Korban  Sempena Eidul Adha 1440H pada bulan Ogos 2019. Untuk makluman tuan, jumlah penyertaan yang dibuka pada tahun ini adalah sebanyak 21 bahagian sahaja yang berharga RM600.00 untuk satu bahagian. Penyertaan telah dibuka bermula 1 Januari 2019 sehingga tamat penyertaan.

Anggota dan kakitangan yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah mendapatkan borang penyertaan di Unit Hal Ehwal Islam.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Muhammad Shiraj Munir Bin Sulaiman, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 di Unit Hal Ehwal Islam atau menghubungi sambungan 8053.