Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

  1. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  2. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi:
    • mengutamakan pelanggan
    • saksama
    • tidak membebankan
    • cekap
    • wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif
  3. Dengan menekankan
    • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat

Objektif : Hospital Slim River

  • Untuk memberikan perkhidmatan penentuan, perawatan, dan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap, tepat dan berkesan kepada setiap pesakit yang memerlukan rawatan bagi menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan optima.