Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Hospital Slim River akan menganjurkan Karnival Kesenian Mesra Rakyat pada hari Sabtu, 05 Mei 2018, jam 8 pagi - 10 malam, di Pekarangan Hospital. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah & Organ, Pameran dari pelbagai Agensi, Food Fair dan Gerai Jualan, Busana Muslimah, Hijab Stylista dan banyak lagi. Cabutan bertuah turut disediakan. Saksikan penampilan khas Ustaz Mohd Ridzuan Hamizan dalam Forum Perdana bertajuk "Niat Tidak Menghalalkan Cara". Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma.


Kontras
Merah
Biru
Malaysia
English 