Hemodalisis

Hemodalisis

Terletak di tapak lama Hospital Tg Malim yang sekarang telah menjadi Klinik Kesihatan Tg Malim. Apabila pembukaan Hospital Slim River unit ini masih kekal di Tg Malim atas sebab tertentu dan permintaan penduduk setempat  kerana berdekatan dengan Bandar dan kemudahan pengangkutan awam .Terletak diluar kawasan (offsite facilities) 25 km dari Hospital Slim River . Unit ini mulai beroperasi sepenuhnya mulai July 2001 dikenali UNIT HEMODIALISIS TG. MALIM ( HOSPITAL SLIM RIVER ).

Visi

Setiap pesakit ESRF yang menjalani dialisis di sini akan mendapat kualiti hidup yang sempurna seperti insan lain yang sihat serta mengelakkan komplikasi penyakit lain.

Misi

Standard kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik dan saksama dan pesakit akan gembira mendapat rawatan disini.

Waktu operasi : 7.00pg – 6.00ptg