Unit Anestesiologi

Unit Rawatan Rapi / Jantung mula beropersi pada 5 Januari 2004 dengan seorang pakar dan 2 orang pegawai perubatan. Pada mula unit ini di buka, unit ini hanya terdiri dari seorang Ketua Jururawat , 7 Jururawat dan seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP )  bertugas. Seramai  4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK )  yang membantu dalam perawatan pesakit .

Setelah 12 tahun unit ini beroperasi kini Pakar Bius yang ke 5 telah menerajui unit ini iaitu Dr. Valartmathi A/P Chandrasegar  sejak dari November 2016 sehingga kini. Seramai 7 orang Pegawai Perubatan yang membantu beliau dalam tugas perubatan pesakit. Manakala dibidang Kejururawatan seorang Ketua Jururawat dan 19 orang jururawat bertanggungjawab merawat pesakit secara intensive di unit ini . Selain daripada itu  juga seorang PPP U32 dan 2 orang PPP U29 yang menjaga Unit Anaesthetic ICU/CCU dalam penyediaan peralatan ventilasi untuk pesakit khasnya. Seramai  5 orang PPK membantu dalam perawatan pesakit di unit ini.

Unit ini mempunyai 7 buah katil iaitu 5 katil ICU dan 2 katil CCU.

 

Visi ICU / CCU

Menjadikan Unit Rawatan Rapi dan Jantung sebagai sebuah unit yang dapat memberikan perkhidmatan menyeluruh dan cekap, berkesan serta berkualiti

Misi ICU / CCU

Sentiasa memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan secara efisyen dan berkualiti dengan menerapkan nilai-nilai baik, teknik kemahiran yang tinggi dan mengikut konsep rawatan terkini

Objektif Unit

  1. Menjamin taraf penjagaan pesakit yang bermutu tinggi
  2. Menentukan tahap kesihatan dan keselesaan pesakit dijaga setiap masa
  3. Menentukan keluarga pesakit menerima penerangan jelas berkenaan keadaan pesakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit .
  4. Menjalankan program latihan dan dorongan kepada anggota kejururawatan bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan .

 

Piagam Pelanggan ICU / CCU

  1. Kami mengutamakan keselesaan dan persekitaran yang bersih kepada pelanggan semasa menerima rawatan di unit ini .
  2. Setiap pelanggan dalam keadaan kritikal akan diberi perkhidmatan dengan segera.
  3. Setiap perkhidmatan yang diberikan adalah yang cemerlang mengikut ciri-ciri asas perawatan yang terkini dan tepat.
  4. Setiap ahli keluarga pelanggan yang menerima rawatan akan diberi penerangan oleh pakar dan pegawai perubatan yang menjaga.
  5. Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Pakar Bius / Pegawai perubatan serta merta dan bila perlu.
  6. Setiap pelanggan CCU akan diperiksa oleh Pakar Perubatan serta merta dan bila perlu

 

Perjawatan Unit ICU / CCU

  1. Pakar Bius            :            1 orang
  2. Pegawai Perubatan :           7 orang
  3. Penolong Pegawai Perubatan U32 :           1 orang
  4. Penolong Pegawai Perubatan U29 :           2 orang
  5. Ketua Jururawat U32 :           1 orang
  6. Jururawat U32 ( KUP ) :           2 orang
  7. Jururawat U29 :           17 orang
  8. Pembantu Perawatan Kesihatan :           5 orang

 

 

Skop Perkhidmatan

Unit ini menyediakan perkhidmatan pesakit yang memerlukan ;

  1. Bantuan pernafasan yang menggunakan mesin pernafasan ( ventilator )
  2. Intensive monitoring and intervention
  3. Intensive monitoring and stabilasation terutama bagi pesakit jantung