• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Jabatan Kecemasan Trauma

Jabatan Kecemasan Trauma

Jabatan Kecemasan & Trauma

Pengenalan

  • Jabatan ini dibuka sepanjang masa kepada semua pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan. Pegawai Perubatan dan paramedik akan sentiasa bersedia mengambil langkah segera untuk menyelamatkan para pesakit, Mengurangkan sakit yang teruk , Menyelamatkan dan mencegah kecederaan yang kritikal ke atas anggota
  • Jabatan Pesakit Luar tidak beroperasi semasa Polikilinik dibuka

 

Visi

Menjadi sebuah jabatan yang cemerlang dalam perkhidmatan kecemasan.

 

Misi

Sentiasa memberikan rawatan kecemasan  yang wajar dan mudah diperolehi pada setiap masa.

 

Objektif

Menyediakan rawatan kecemasan yang mudah diperolehi, pantas dan efektif kepada pesakit yang memerlukannya supaya rawatan awal boleh membantu dalam pemulihan awal. Semua kakitangan di jabatan ini terlatih dalam bidang berkaitan mempamerkan pendekatan yang lebih berterusan dan berinovasi mengurangkan kesakitan dan komplikasi.