Jabatan Pediatrik

WAD KANAK - KANAK

Wad Kanak-kanak mula beroperasi pada16 Febuari 2001.

Lokasi: terletak di aras 3 ,blok utama , wad yang terhampir dengan  Unit Sajian dan kantin hospital / Surau / Balai Pelawat.

Visi  Wad Kanak - kanak

Menjadikan sebuah unit yang efisyen dan  inovatif serta mampu memberikan perkhidmatan  yang berkualiti.

Misi Wad Kanak - kanak

Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pendidikan kesihatan dan penglibatan keluarga dalam  perawatan yang diberikan.

Objektif Wad Kanak - kanak

  1. Menentukan   perawatan yang berkesan disamping mengekalkan persekitaran yang selamat dan terkawal serta mencetuskan suasana mesra dan penyayang.
  2. Menjamin taraf penjagaan perawatan pesakit yang bermutu tinggi.
  3. Menentukan tahap kesihatan dan keselesaan pesakit dijaga setiap hari.
  4. Menentukan keluarga pesakit menerima penerangan yang jelas mengenai penyakit dan rawatan yang diberi kepada pesakit.
  5. Menjalankan program latihan dan dorongan kepada anggota kejururawatan dengan menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan.
  6. Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan mengurangkan aduan awam.

 

LATAR BELAKANG NICU/SCN

Wad NICU/SCN Hospital Slim River telah mula beroperasi sejak hospital ini dibuka iaitu pada tahun 2001. Pada mulanya ia dikenali sebagai Special Care Nursery (SCN) dengan 15 katil rasmi. Sejajar dengan penempatan Pakar Pediatrik dan peningkatan bilangan pesakit tenat maka katil Neonatal Intensive Care Unit (NICU) diwujudkan pada tahun 2013. Berfungsi menerima  kemasukan  neonate dari dewan bersalin,dewan bedah,unit kecemasan  dan klinik-klinik kesihatan sekitar Daerah Batang Padang. Lokasi SCN/NICU: di aras 3 antara wad 2 dan wad 3.

Visi  Wad SCN/NICU

Menjadi sebuah unit yang efisyen dan inovatif,mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta dapat mengekalkan status Hospital Rakan Bayi.

Misi Wad SCN/NICU

Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pendidikan pesakit ,penglibatan keluarga dalam perawatn meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan melalui pembelajaran berterusan meneruskan pemantauan aktiviti ke arah pengekalan Status Hospital Rakan Bayi. 

Objektif  Wad SCN/NICU

Menentukan perawatan yang cekap,berkesan disamping mengekalkan persekitaran yang selamat dan terkawal serta mencetus suasana mesra dan penyayang