Perubatan Lelaki dan Perempuan

WAD PERUBATAN LELAKI

PENGENALAN

Wad Perubatan Lelaki mula beroperasi pada 21 Mac 2001 dan dikenali sebagai Wad 5 yang terletak di aras 4.Pada 1hb November 2012,Wad Perubatan Lelaki telah berpindah lokasi ke Wad 10 di aras 5 berhadapan Unit Pentadbiran .Perpindahan ini adalah kerana keperluan penggunaan Bilik Isolasi bagi kes penyakit berjangkit terutamanya kes PTB yang semakin meningkat.

Wad 10 mempunyai kadar penggunaan katil untuk 24 pesakit sahaja.Unit ini mempunyai 4 bilik ‘negative pressure’dan 1 bilik isolasi biasa manakala 19 katil lagi adalah digunakan untuk kes-kes bukan penyakit berjangkit.

Hospital ini terletak 3km daripada lebuh raya Utara Selatan iaitu lebih kurang 100km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 110 km daripada Bandaraya Ipoh.Ia merupakan Hospital kedua di daerah Muallim .Kawasan operasinya meliputi kawasan Tanjung Malim,Slim River hingga ke Sungkai dan memberi  perkhidmatan kepada  lebih kurang 67,540 orang  penduduk.Hospital ini merupakan Hospital bertaraf pakar minor.Hospital ini mula beroperasi dengan 188 katil sahaja walaupun ianya mempunyai 250 katil.

Hospital Slim River mempunyai  2 buah Wad perubatan iaitu Wad 4(Wad perubatan perempuan) dan Wad 10 (wad perubatan lelaki).Selain daripada itu,pesakit sakit puan turut ditempatkan di wad perubatan perempuan.

Terdapat 2 orang  Pakar perubatan ,seorang di wad perubatan lelaki dan seorang di wad perubatan perempuan.Pegawai perubatan 3 orang,Penyelia Jururawat  1 orang,Ketua Jururawat  1 orang , Jururawat U29 Seramai 18 orang dan pembantu perawatan kesihatan U11 seramai 7 orang.

 

AKTIVITI WAD MEDIKAL

  • Memberi rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan terbaik keatas semua pesakit yang mengalami penyakit akut dan kronik didalam wad dan seterusnya rawatan pesakit luar bagi mencapai pemulihan ketahap optima
  • Memberi pendidikan kesihatan dan menerapkan kesihatan kepada pesakit dan keluarga tentang rawatan penyakit serta langkah pencegahan bagi penyakit berulanh. Memberi penekanan tentang tanda – tanda bahaya pada pesakit serta kepentingan mendapat rawatan awal.
  • Mengurangkan ketidakselesaan dan komplikasi penyakit serta rawatan kepada pesakit. Kaunseling keluarga dan rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial bagi kes bermasaalah dan medico legal.
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan pendidikan berterusan ( CME ) untuk staf bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.

 

 VISI

Mewujudkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan perawatan secara optima merangkumi perkhidmatan penyanyang , kerja berpasukan secara profesionalisme untuk kepuasan pelanggan

 

MISI

Untuk menyediakan perkhidmatan komprehensif terhadap pesakit dan memberi rawatan dengan sikap penyayang  secara kerjasama serta memastikan tahap profesionalisme yang tinggi di kalangan anggota hospital.

 

OBJEKTIF

Menentukan perawatan yang berkesan disamping mengekalkan persekitaran yang selamat dan terkawal serta mencetuskan suasana kemesraan dan penyayang.

 

WAD PERUBATAN PEREMPUAN / GYNAE

Wad perubatan perempuan mula beroperasi pada 16 Februari 2001. Kekuatan katil 20 (bed strength) Mempunyai  7 kurbikle (2 kubikle untuk Gynae ) , 1 bilik pengasingan dan 1 bilik tahanan untuk pesakit psikiatrik.

Lokasi : terletak diaras 4, blok utama ,  berhadapan dengan wad 5 (Orthopedik)

Menerima  masuk pesakit dari Jabatan Kecemasan  ,  pesakit yang diarahkan masuk dari klinik MOPD selepas konsultasi dengan pakar perubatan atau pegawai perubatan yang menjaga wad .

Terdapat 39 anggota kerja iaitu 2 orang Pakar Perubatan , 2 orang pakar Obstetrik , 3 Pegawai perubatan Medikal  , 6 Pegawai  perubatan O&G , 1 Penyelia Jururawat , 2 ketua Jururawat, 18 orang Jururawat dan 5 Pembantu Perawatan Kesihatan.

 

AKTIVITI WAD PERUBATAN PEREMPUAN

  • Memberi rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan terbaik keatas semua pesakit yang mengalami penyakit akut dan kronik didalam wad dan seterusnya rawatan pesakit luar bagi mencapai pemulihan ketahap optima
  • Memberi pendidikan kesihatan dan menerapkan kesihatan kepada pesakit dan keluarga tentang rawatan penyakit serta langkah pencegahan bagi penyakit berulanh. Memberi penekanan tentang tanda – tanda bahaya pada pesakit serta kepentingan mendapat rawatan awal.
  • Mengurangkan ketidakselesaan dan komplikasi penyakit serta rawatan kepada pesakit. Kaunseling keluarga dan rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial bagi kes bermasaalah dan medico legal.
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan pendidikan berterusan ( CME ) untuk staf bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

VISI WAD PERUBATAN PEREMPUAN

Mewujudkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan perawatan secara optima merangkumi perkhidmatan penyanyang , kerja berpasukan secara profesionalisme untuk kepuasan pelanggan

 

 MISI WAD PERUBATAN PEREMPUAN

Untuk menyediakan perkhidmatan komprehensif terhadap pesakit dan memberi rawatan dengan sikap penyayang  secara kerjasama serta memastikan tahap profesionalisme yang tinggi di kalangan anggota hospital.

 

OBJEKTIF PERUBATAN PEREMPUAN

Menentukan perawatan yang berkesan disamping mengekalkan persekitaran yang selamat dan terkawal serta mencetuskan suasana kemesraan dan penyayang.