• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan O & G

Jabatan O&G

LATAR BELAKANG

Klinik Pakar Kebidanan Dan Sakit Puan Hospital Slim River telah mula beroperasi semenjak tahun 2001.Ketika itu pakar kebidanan dan sakit puan ditugaskan secara lawatan sebulan sekali dari Hospital Teluk Intan. Pada bulan april 2005 penempatan  secara tetap pakar perbidanan dan sakit puan bermula diunit ini,dan perkhidmatan lawatan pakar dari Hospital Teluk Intan telah ditamatkan.Bermula bulan ogos tahun 2006 nama Klinik Pakar Kebidanan Dan Sakit Puan telah ditukar kepada Klinik Pakar Direktorat Ibu Dan Kanak-Kanak,berikutan klinik pediatrik telah berpindah keunit ini pada bulan julai 2006,dimana sebelum itu klinik pediatrik beroperasi diklinik pakar perubatan.Ia terdiri dari klinik antenatal, klinik post natal, klinik pediatrik dan klinik sakit puan, jumlah sesi klinik telah bertambah dan mula beroperasi pada  bulan februari tahun  2011 iaitu      klinik pra kehamilan beserta perkhidmatan perancang keluarga dan klinik combined.Tahun 2015 -Sesi klinik beroperasi setiap hari bekerja .Kakitangan terdiri daripada1 orang  pakar O&G ditugaskan secara “In House”  dari HRPB ,6 orang pegawai  perubatan O&G ,1 orang pakar pediatrik  Gred Khas C, 2 orang pakar  pediatrik,6 orang pegawai perubatan  pediatrik, 1 orang ketua jururawat, 1 orang jururawat U32 KUP, 1 orang jururawat terlatih U29, 1 orang jururawat masyarakat U24, 2 orang jururawat masyarakat U 19, 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U 11 dan 1 orang pembantu tadbir N 17.

 

Visi

Menyujudkan unit yang cemerlang dan berkualiti dalam perawatan dan latihan obstetrik dan pediatrik dDan juga unit rujukan yang unggul

Misi

Mengurangkan kadar morbidity dan mortality dikalangan ibu-ibu semasa mengandung, bersalin  postnatal dan kanak-kanak dengan memberikan rawatan rapi serta menyeluruh dan mempraktikkan latihan kakitangan yang berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

Objektif

  • Memberi perkhidmatan yang cekap,berkesan dan bermutu tinggi kepada pesakit berpandukan dasar dalam polisi kerajaan
  • Menentukan dan mengenal pasti ibu-ibu mengandung dan wanita yang mengalami masalah sakit puan diberi tarikh temu janji yang sesuai
  • Memberi layanan yang mesra dan betul kepada pesakit yang datang tanpa mengenal bangsa keturunan dan agama
  • Memastikan pesakit mendapat rawatan daripada doktor secepat mungkin dan menerangkan kepada pesakit sebab sekiranya kelewatan doktor
  • Memastikan pesakit yang perlu dimasukkan kewad
  • Memahami sebab ia dimasukkan dan memberitahu kepada waris pesakit tentang kemasukan

Aktiviti Klinik Pakar Direktorat Ibu Dan Kanak-Kanak

Menerima pesakit yang dirujuk untuk perkhidmatan penentu penyakit,perawatan dan pemulihan penyakit.

Jadual Operasi Sesi Klinik 

HARI

MASA

SESI KLINIK

Isnin

8.00 pg -1.00 ptg

Klinik Pediatrik

Selasa

8.00 pg -1.00 ptg

2.30 ptg- 5.00 ptg

Klinik Ante natal (KES ULANGAN)

Klinik Combine Minggu ke2&4 setiap bulan.

Rabu

8.00 pg -1.00 ptg

 

 

2.30 ptg-5.00 ptg

Klinik Ante natal( KES BARU)

Klinik  Post natal

Klinik sesi kaunseling Dietitian

Klinik Pra Kehamilan / Perkhidmatan Perancang Keluarga

Khamis

8.00 pg -1.00 ptg

Klinik Pediatrik

Klinik sesi kaunseling Dietitian

Jumaat

8.00 pg -1.00 ptg

Klinik Gynae