WAD 5 ( WAD ORTOPEDIK )

Wad ini mula beroperasi pada 1hb Mac 2013. Ianya dikenali sebagai Wad 5 Ortopedik. Wad ini terletak di aras 4. Mempunyai 28 buah katil, 1 bilik isolasi dan 1 bilik tahanan . Kadar penggunaan katil sebanyak 28 katil.

Menerima  masuk pesakit dari Jabatan  Kecemasan dan Klinik Pakar Perubatan Ortopedik.

 

   Aktiviti  Wad Ortopedik :

  • Memberi rawatan pesakit dalam
  • Memberi Pendidikan Kesihatan kepada pesakit secara individu atau berkumpulan termasuk ahli keluarga pesakit.
  • Mesra Ibadah:- Menggalakkan pesakit pesakit serta waris mengerjakan solat semasa berada di hospital dengan bantuan staf diwad
  • Memberi penjagaan “Wound Care” yang berkualiti kepada pesakit.

 OBJEKTIF :

  1. Menjamin taraf penjagaan perawatan pesakit yang bermutu tinggi
  2. Menentukan tahap kesihatan dan keselesaan pesakit dijaga setiap hari
  3. Menentukan keluarga pesakit menerima penerangan yang jelas mengenai penyakit dan rawatan yang diberi kepada pesakit.
  4. Menjalankan program latihan dan dorongan kepada anggota kejururawatan dengan menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan
  5. Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan mengurangkan aduan awam