Wad 9 adalah wad Pembedahan yang terletak di Aras 5, Blok Utama, berhadapan dengan Wad 8 (2nd class wad). Menerima dan merawat pesakit lelaki dan perempuan dari 4 disiplin iaitu Surgical, ENT, EYE dan Dental.
Kekuatan katil 22 (bed strength). Mempunyai 6 kubikal, termasuk 1 kubikal acute dan sebuah bilik pengasingan (isolation). Pengagihan katil adalah seperti berikut Surgical (14), ENT (2), EYE (2), Dental (2)
Menerima masuk pesakit dari Jabatan Kecemasan dan Klinik Pakar SOPD, ENT,EYE dan Dental.
Aktiviti Wad 9:
- Memberi rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan terbaik keatas pesakit yang menjalani pembedahan atau mengalami penyakit akut dan kronik di dalam wad dan seterusnya rawatan lanjutan sebagai pesakit luar bagi mencapai pemulihan ke tahap optima.
- Memberi pendidikan kesihatan dan menerapkan kesedaran kepada pesakit dan keluarga tentang rawatan penyakit serta langkah pencegahan bagi penyakit berulang.
- Mengurangkan ketidakselesaan dan komplikasi penyakit serta rawatan kepada pesakit. Kaunseling keluarga dan rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial bagi kes bermasalah dan medicolegal.
- Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan pendidikan berterusan ( CME ) untuk staff bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.
- Mesra Ibadah:- Menggalakkan pesakit pesakit serta waris mengerjakan solat semasa berada di hospital dengan bantuan staf diwad.
VISI WAD 9
Mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sihat melalui penyampaian dan perlaksanaan sistem penjagaan kesihatan yang cekap dan saksama.
OBJEKTIF WAD 9
Untuk memberikan perkhidmatan rawatan pembedahan yang terkini, berkesan dan efisyen kepada pesakit