Visi

Mewujudkan unit yang meliputi kewangan dan hasil yang cekap dan berkesan

Misi

Untuk memberikan kepuasan kepada semua pelanggan disamping berusaha membantu aktiviti-aktiviti lain bagi mencapai objektif yang telah ditentukan.

Objektif

1. Memastikan semua baucer bayaran/ tuntutan lebih masa diproses dalam tempoh 10 hari  bekerja dari tarikh penerimaan invois.

2. Memastikan perubahan gaji SG20 dibuat 1 bulan lebih awal.

3. Semua pesanan tempatan akan disediakan dalam tempoh 1 hari bekerja setelah mendapatkan kelulusan Pengarah.

4. Memastikan setiap bil dan resit pembayaran dikeluarkan kepada pesakit dalam tempoh 5 hingga 8 minit selepas penerimaan bayaran.

5. Memastikan 100% bayaran balik wang deposit diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh 8 hingga 10 minit selepas penyerahan resit deposit  asal.

6. Memastikan setiap permohonan pengecualian bayaran akan ditemuduga oleh Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran dan Kewangan) atau Penolong Akauntan dalam tempoh 15 minit.

7. Memastikan setiap pesakit yang dimasukkan ke wad didaftarkan 100% (Bilik Daftar Masuk).