Visi

Mewujudkan sebuah Unit Teknologi Maklumat yang dapat membantu anggota Hospital Slim River di dalam penggunaan aplikasi ICT dan melahirkan anggota yang lebih cekap dan kompeten dalam pengurusan teknologi maklumat di dalam perkhidmatan.

Misi

Memastikan penyelarasan perlaksanaan ICT yang berkesan dapat dilaksanakan bagi mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang melalui khidmat yang bermutu tinggi selaras dengan teknologi terkini.

Objektif

Merancang dan melaksanakan program perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada jabatan mengikut dasar ICT semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan serta merangka program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan dan perlaksanaan ICT di peringkat jabatan.

Fungsi

Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan, pembangunan, perlaksanaandan khidmat teknikal ICT.

Pembangunan, Penyelenggaraan Aplikasi dan Pemantauan Perlaksanaan Aplikasi

  1. Menyelaras dan melaporkan isu- isu dalam perlaksanaan projek Elektronik Kerajaan seperti HRMIS, ePerolehan, E-SPKB, dan eGL kepada ketua jabatan serta agensi lain yang berkenaan;
  2. Melakasanakan dan memantau penggunaan aplikasi Internet dan e-mel jabatan.
  3. Memantau kebolehsediaan dan keselamatan rangkaian sedia ada seperti Streamyx, MOHNnet dan lain-lain dari masa ke semasa;
  4. Menyediakan khidmat runding dan Helpdesk
  5. Menyelenggara, menyelaras dan memantau aspek keselamatan dalam penggunaan ICT di peringkat jabatan;
  6. Membangunkan laman web hospital serta melaksanakan kerja- kerja pengemaskinian dari masa ke semasa;
  7. Menguatkuasakan semua peraturan dan keputusan mesyuarat jabatan berkaitan ICT.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:

Unit Teknologi Maklumat

Aras 5, Hospital Slim River

35800 Slim River Perak

Sambungan: