PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan pada 3 November 2014 di Hospital Slim River. Unit ini berada di bawah Pengurusan  hospital di bawah seliaan Pengarah Hospital Slim River.

Seorang Pegawai Psikologi (Kaunseling) S41 telah ditempatkan bagi menawarkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi (Kaunseling), Hospital Slim River. Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kaunseling dalam membantu klien menangani cabaran hidup. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling adalah perlu bagi menghasilkan perkhidmatan yang efektif serta profesional.

Untuk mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi (Kaunseling), Hospital Slim River, klien perlu mendapatkan surat rujukan daripada doktor (klinik/hospital kerajaan) terlebih dahulu. Seterusnya, surat rujukan tersebut diserahkan kepada Unit Psikologi (Kaunseling), Hospital Slim River dan tarikh temu janji akan diberikan. Sesi bersama klien adalah berdasarkan temu janji sahaja.

Unit ini dinamakan Unit Psikologi (Kaunseling) kerana dalam melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi serta kaunseling dalam membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang efektif serta profesional.

VISI

Visi Unit Psikologi (Kaunseling) ialah menyediakan kepakaran aplikasi psikologikal yang berorientasikan kaunseling bagi membantu klien yang memerlukan perkhidmatan baik pesakit dalam wad mahupun daripada klinik-klinik peripheral di mana Profesion Pegawai Kaunselor yang memberikan perkhidmatan adalah berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan cekap sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dari segi emosi dengan mengutamakan profesionalisme, kualiti, inovasi, dan semangat berpasukan. Selain itu aplikasi psikologikal ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti psikologi dan kaunseling meliputi penilaian klien, pembangunan klien, pembangunan kendiri klien, penyelidikan dan juga intervensi. Unit juga ini akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan emosi rakyat melalui perkhidmatan kaunseling yang profesional di setiap entiti dalam Kementerian Kesihatan Malaysia justeru membantu rakyat Malaysia mengatasi cabaran dan tekanan dalam menuju impian mengajar wawasan 2020.

MISI

Misi Unit Psikologi Kaunseling di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi professional yang terkini dan mesra klien, mesra teknologi, cekap dan efektif berdasarkan  professionalisme, ”client-focus” dengan:-

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada rakyat Malaysia khususnya di Hospital Slim River.
  • Menjadikan kualiti perkembangan psikologi serta emosi yang sihat sebagai teras dalam penjagaan kesihatan dalam pencegahan kesihatan penyakit-penyakit berjangkit kepada klien.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesyen Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memartabatkan perkhidmatan kaunseling yang merujuk kepada proses perhubungan menolong secara sistematik berasaskan kepada prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika Kaunseling Akta 580.

  OBJEKTIF

1. Menjalankan 4 aspek perkhidmatan kaunseling intervensi yang disediakan.

  • Individu
  • Kelompok Utama
  • Kelompok Kecil
  • Institusi dan Komuniti

 2. Lima jenis Kaunseling yang dipraktikkan oleh Unit Psikologi (Kaunseling) Hospital Slim River mengikut permasalahan yang dihadapi oleh klien iaitu:

  •  Rawatan dan Rehabilitasi
  • Kaunseling
  • Pencegahan
  • Kaunseling Pembangunan dan Perkembangan
  • Kaunseling Krisis

3. Perkhidmatan Pencegahan

Menyediakan ”reach-out” atau media elektronik iaitu bahan-bahan yang boleh membekalkan maklumat yang boleh meningkatkan kesedaran dan keupayaan staf dalam menangani permasalahan di dalam hidup mereka, ini termasuklah mengadakan perkhidmatan:

  •  Ceramah
  • Seminar / konvensyen
  • Program Khan
  • Pameran dan sebagainya.

4. Perkhidmatan Pembangunan dan Perkembangan Sasiah

Tujuan program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku mereka. Seterusnya membolehkan mereka menggunakan semua potensi diri demi mencapai kecemerlangan di dalam bidang yang diceburi termasuk 3 sub-program sokongan lain:

    •  Program Penilaian Kakitangan (Ujian Psikometrik).
    • Program Mentoring.
    • Program Pembimbing Rakan Sekerja.

5.  Perkhidmatan ujian Psikologi

Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk mengenal potensi diri, kecerdasan (IQ), personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.

6. Perkhidmatan Pendidikan Psikososial

Perkhidmatan ini merangkumi latihan, kursus, ceramah khusus dalam meningkatkan kemahiran dan kefahaman dalam bidang kaunseling kepada anggota-anggota di Kementerian Kesihatan atau pihak-pihak yang memerlukan. Juga memberi maklumat dan pendidikan kesan penyakit atau tingkahlaku dan kesannya dalam reaksi psikologi.

 

SIAPAKAH KAUNSELOR TERLATIH?

Kaunselor Adalah Orang Yang Akan Membantu Anda Di Dalam Kaunseling Secara Profesional Dan Diiktiraf Oleh Jpa Mengikut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

 

APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?

Menurut Akta Kaunselor 1998, Kaunseling Ialah Satu Proses Sistematik Untuk Membantu Perhubungan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Psikologi Yang Dilaksanakan Oleh Kaunselor Mengikut Etika Kaunseling Untuk Mencapai Satu Perubahan, Kemajuan Dan Penyesuaian Yang Holistik, Baik Dan Sukarela Pada Diri Klien Serta Berterusan Sepanjang Hayat Klien.

 

BAGAIMANAKAH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Bertempat Di

Unit Psikologi Kaunseling

Tingkat 5, Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Slim River

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

Setiap Hari

Isnin Hingga Jumaat

8.00 Am – 5.00 Pm

 

APAKAH JENIS-JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Perkahwinan & Keluarga
  • Kaunseling Kanak-Kanak & Remaja
  • Kaunseling Kerjaya
  • Intervensi Krisis
  • Pengurusan Kemarahan
  • Pengujian Psikologikal

APAKAH JENIS MASALAH YANG BOLEH DIBANTU OLEH KAUNSELOR TERLATIH?

  • Masalah Interpersonal
  • Masalah Remaja
  • Masalah Perkahwinan & Keluarga
  • Masalah Kurang Keyakinan
  • Tekanan Kerja
  • Percubaan Ingin Membunuh Dir

 

JADUAL HARIAN 2017

                 MASA      HARI

8.00 AM      -             9.00 AM

9.00 AM    -        10.00 AM

10.00 AM –        11.00 AM

11.00 AM –       12.00 PM

12.00 PM         –            1.00 PM

1.00 PM  –         2.00 PM

2.00 PM       –            3.00 PM

3.00 PM    –           4.00 PM

4.00 PM      –             5.00 PM

ISNIN

Pengurusan Pejabat

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Pengurusan Pejabat

REHAT

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Pengurusan Pejabat

SELASA

Kaunseling Gantian Metadon

Klinik Pakar (Kaunseling)

Klinik Pakar (Kaunseling)

Pengurusan Pejabat

RABU

Pengurusan Pejabat

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Pengurusan Pejabat

KHAMIS

Pengurusan Pejabat

Klinik Pakar (Kaunseling)

Klinik Pakar (Kaunseling)

Pengurusan Pejabat

JUMAAT

Pengurusan Pejabat

Bacaan Yassin

Rujukan & Follow Up

Rujukan & Follow Up

Rehat

Rehat

Rujukan & Follow Up

Pengurusan Pejabat

 Laporan disediakan oleh:

MOHD FAUZI BIN HASSAN

KETUA UNIT PSIKOLOGI (KAUNSELING)

HOSPITAL SLIM RIVER