• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi & Bekalan

Jabatan Farmasi Dan Bekalan diketua oleh Encik Ahmad Adam bin Mohd Hasan, Pegawai Farmasi U48. Jabatan ini terbahagi kepada 4 subunit utama dengan fungsi utama seperti berikut :

  1. Farmasi Ambulatori : Farmasi Klinik Pakar berfungsi menguruskan pembekalan ubat kepada pelanggan yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital ini dan juga pesakit luar yang dirujuk secara SPUB ke hospital ini. Farmasi Mini berfungsi menguruskan pembekalan ubat kepada pelanggan yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma di hospital ini selepas waktu pejabat.
  2. Farmasi Pesakit Dalam : Menguruskan pembekalan ubat untuk pesakit dalam wad dan klinik, penyediaan galenikal dan prabungkus ubat.
  3. Farmasi Klinikal: Menguruskan penggunaan ubat yang optima melalui amalan penjagaan farmaseutikal dan mempromosikan kesihatan serta pencegahan penyakit dari aspek penjagaan pesakit. Unit Farmasi Klinikal terbahagi kepada tujuh pecahan unit kecil lagi iaitu Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun, Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Klinik Rawatan Terapi Gantian Methadone, Klinik Quit Smoking, Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (CPS), Perkhidmatan Nutrisi Parenteral (PNS) dan Perkhidmatan Farmasi Onkologi (POS)
  4. Farmasi Logistik: Menguruskan perolehan dan pembekalan ubat dan bukan ubat (vaksin, bahan pakai buang, reagen, gas perubatan dan harta modal alih perubatan) untuk kegunaan hospital.

Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services)

Perkhidmatan SPUB (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu)

Membolehkan pesakit mengambil ubat-ubatan di institusi klinik dan hospital kerajaan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Perkhidmatan Kaunter Khas – Kad Temujanji

Perkhidmatan ini disediakan untuk preskripsi susulan dimana ubat akan disediakan lebih awal sebelum tarikh temujanji di farmasi.

Perkhidmatan Telefon & Ambil

Perkhidmatan khas kepada pesakit pediatrik yang memerlukan penyediaan ekstemporaneous.

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1 Malaysia

Bekalan ubat susulan akan dihantar melalui Pos Laju terus ke rumah dengan bayaran yang telah ditetapkan kepada Pos Laju. Perkhidmatan ini tertakluk kepada jenis ubat yang sesuai dan kawasan liputan perkhidmatan Pos Laju.

 

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan

Perkhidmatan Medication Therapy Adherens Clinic (MTAC) - Kencing Manis

Perkhidmatan ini bertujuan membantu pesakit diabetes meningkatkan tahap pematuhan ubat kencing manis dan kawalan tahap glisemik.

Kaunseling Ubat-ubatan

Memberi penerangan untuk meningkatkan pemahaman pesakit berkaitan ubat-ubatan yang diambil.

 

Waktu Operasi

Hari

Masa

Lokasi

Isnin – Jumaat

(Hari Bekerja)

8.00 pagi –

5.30 petang

Farmasi Klinik Pakar,

Aras 2

5.30 petang –

10.00 malam

Farmasi Mini, Aras 2

10.00 malam –

8.00 pagi

Jabatan Kecemasan & Trauma, Aras 2

 

Hari

Masa

Lokasi

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am

9.00 pagi – 4.00 petang

Farmasi Bekalan Wad, Aras 1

4.00 petang – 11.00 malam

Farmasi Mini, Aras 2

11.00 malam – 9.00 pagi

Jabatan Kecemsan & Trauma, Aras 2