Pengenalan

Unit ini terdiri daripada 2 perkhidmatan utama, iaitu diagnostik patologi dan transfusi darah.  Perkhidmatan diagnostik patologi merangkumi unit kimia hayat, hematologi, mikrobiologi dan sitologi.  Bahagian transfusi darah menyediakan perkhidmatan pembekalan darah dan komponen darah bagi rawatan pesakit yang memerlukan pemindahan darah.  Di samping itu, bahagian transfusi darah juga penting dalam pengutipan darah daripada orang awam melalui kempen menderma darah. Slogan unit ini ialah ‘TEPAT UJIAN, TEPAT RAWATAN’.

Objektif

  • Membekalkan 90% bekalan whole Blood dan Packed Cells kepada pesakit mengikut keperluan
  • Membekalkan 100% darah yang telah disaring negative untuk Hepatitis B, Hepatitis C, HIV dan VDRL kepada pesakit
  • Semua “Laboratory Turnaround Time” (LTAT) keputusan ujian biokimia segera dikeluarkan dalam masa 90 minit

 Aktiviti Kualiti

Unit ini terlibat di dalam program National Indicator Approach (NIA(, Unit ini terlibat secara langsung dengan Program Penilaian Mutu Luaran Kebangsaan dan juga dalaman.  Di antara program luaran tersebut ialah:

a) Makmal Patologi Kimia telah menyertai program ‘ External Quality Assurance Scheme ‘EQAS’  anjuran Syarikat Biorad Sdn Bhd dan NDQCP Urine Drug dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

b) Transfusi darah telah menyertai program ‘National External Quality Assurance Blood Banking’ yang dikelolakan oleh Pusat Darah Negara.

c) Unit Hematologi telah menyertai program ‘EQAS’ untuk ujian FBC dan Coagulation dari syarikat Biorad Sdn Bhd.

d) Unit Mikrobiologi telah menyertai program ‘National Quality Control Programme in Microbiology’ yang dikelolakan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), serta Quality Assurance Programs: Microbiology Quality Assurance Program for Performance in Laboratory Diagnosis of Tuberculosis (Microscopic Examination : Ziehl Neelsen Staining) ’ yang dikelolakan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh.