Pengenalan

Jabatan Pengimejan Diagnostik telah memulakan operasinya bermula 21 Mac 2001 dengan menyediakan perkhidmatan asas radiografi seperti perkhidmatan sebelumnya di Hospital Tanjung Malim. Beberapa penambahan perkhidmatan seperti pemeriksaan ultrasound telah mula dijalankan dimana ianya dijalankan oleh Doktor Pakar Radiologi dari Hospital Ipoh yang melawat 2 kali sebulan.

Visi

Menjadi sebuat unit yang cekap dan cepat semasa memberikan perkhidmatan yang mengutamakan kualiti.

Misi

Sentiasa memberikan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti dalam peranannya membuat diagnosa pesakit serta membantu pengurusan pesakit dengan cekap dan menerapkan nilai professional serta prihatin dan memberi layanan mesra dalam rawatan pesakit.Berusaha menambahbaikkan kualiti menerusi pemerhatian dan kaji selidik yang berterusan.

Objektif

Memastikan kadar penolakan filem tidak melebihi 5% bagi kiraan bulanan dan tahunan

 

PERKHIDMATAN

  • Radiografi Am
  • Radiografi Khas IVU
  • Pemeriksaan Ultrasound
  • Perkhidmatan standby ‘ON CALL’ 24 jam sehari
  • Menguruskan temujanji pemeriksaan MRI,CT SCAN, Mammogram dan Bone Densitometri dan lain-lain pemeriksaan khas di HRPB,Ipoh.