• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Pendidikan Kesihatan

Unit Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Mula beroperasi pada 17 Mei 2002 dan dikenali sebagai “Unit Inservice”.

  • Pada 17 Jun 2002 unit ini telah ditukar nama kepada Unit Pendidikan Kesihatan.
  • Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Pendidikan  Kesihatan S41 dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred  U11.
  • Pada Januari 2006 seorang Pembantu Perubatan U29 yang bertugas di Jabatan Kecemasan  yang mempunyai Post Basic Pengurusan Diabetes telah dipinjamkan  ke Unit ini untuk mengendalikan Pusat Sumber Diabetes.

 

Objektif

Memberi pengetahuan dan melatih kakitangan dan pesakit dalam bidang pendidikan mengenai penyakit dari perawatan sehinggalah amalan yang berkesan untuk mencapai tahap kesihatan yang tinggi.

 

Aktiviti utama

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Unit ini ialah seperti berikut:

  • Kelas Pendidikan Pesakit untuk pesakit Diabetes, Hypertension dan Asma
  • Program Ceramah CME yang melibatkan semua unit / jabatan
  • Ceramah Pendidikan Pesakit Di WAD
  • Kem  Kesihatan
  • Kempen Cara Hidup Sihat
  • Program Senamrobik
  • Program Pameran Kesihatan di Lobi utama Hospital Slim River
  • Pusat Sumber Diabetes
  • Klinik Berhenti Merokok
  • Klinik Menyelenggara penggunaan Dewan CME dan Penggunaan peralatan AVA