Home  Email








Kualiti : Aktiviti Akreditasi
on 05/07/2010 (415 reads)

Aktiviti Akreditasi

BERITA 4/2010

Tuan/Puan,

PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI HSR BIL. 2/2010

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi Hospital Slim River Bil. 1/2010 akan diadakan seperti butir berikut:

Tarikh : 6 JULAI 2010 (SELASA)
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 5, Unit Pentadbiran

4. Sehubungan dengan itu Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat berkaitan pembentangan lanjutan komen dan langkah penambahbaikan akreditasi.


Terima kasih

Fatimah Sonkerim
Pegawai Sains Mikrobiologi C44
Penyelaras Akreditasi Hospital


BERITA 3/2010


Mesyuarat JK Akreditasi diadakan pada 25 Jun 2010 di Bilik Mesyuarat Aras 5 yang membincangkan post mortem laporan akreditasi oleh MSQH.

.........................................................................................

BERITA 2/2010

Tarikh 1 Jun 2010: Laporan penilaian akreditasi telah diedarkan kepada semua ketua unit terlibat untuk tindakan lanjutan bagi pembentangan di mesyuarat akreditasi Bil 1/2010 yang akan dimaklumkan kemudian- Penyelares Akreditasi Hospital

.........................................................................................


BERITA 1/2010

Tahniah kepada warga hospital kerana telah lulus penilaian akreditasi pusingan ke-2 dari 17 Dis 2009 – 16 Dis 2012.

.........................................................................................

BERITA 13

Pihak penyelaras dan pengurusan akreditasi mengucapkan terima kasih atas kerjasama ketua-ketua unit semasa survey akreditasi tempohari.

Pihak hospital akan mendapat keputusan sekurang-kurangnya
6 minggu sama ada lulus dan mendapat taraf akreditasi 3 tahun atau setahun atau tidak lulus dalam survey tersebut.

Berkat usaha dan keseimbangan kualiti kerja kakitangan yang berterusan, diharap hospital ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akreditasi, mudah-mudahan.
...........................................................................................

BERITA 12

Mesyuarat bil 9-16/2009 diadakan pada Ogos sehingga Dis 2009.

Penekanan diberikan kepada:


1. Tindakan dan langkah penambahbaikan terakhir oleh semua unit selepas komen diberikan oleh Mock Survey.

2. Persediaan untuk menjalankan akreditasi oleh MSQH pada tarikh baru iaitu 14 - 16 Dis selepas ianya ditunda dari tarikh sebelumnya iaitu 9 - 11 Sep 2009.


...........................................................................................

BERITA 11

Mesyuarat bil 8/2009 diadakan pada 3 Ogos 2009.

Penekanan diberikan kepada:


1. Tindakan dan langkah penambahbaikan oleh semua unit selepas komen diberikan oleh Mock Survey.

2. Persediaan untuk menjalankan akreditasi pada 9 - 11 Sep 2009.

3. Cadangan penangguhan tarikh akresitasi.


...........................................................................................


BERITA 10

Mesyuarat bil 7/2009 diadakan pada 9 Jul 2009.

Penekanan diberikan kepada:


1. Tindakan dan langkah penambahbaikan oleh semua unit selepas staf yang hadir ke MSQH memberi serba sedikit penerangan
tentang kelemahan yang dikenalpasti ketika sesi perbincangan dengan pegawai MSQH tempohari.

2. Perlu menghantar questionnaire yang lengkap kepada penyelaras untuk diberi kepada surveyor Hosp Sungai Buloh ketika
mock survey dijalankan.

3. Tentatif program ketika mock survey dan persediaan pihak pengurusan untuk memberi penerangan di majlis entry meeting.

4. Diminta ketua unit memaklumkan kepada semua staf agar menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan setiap masa,
bukan sahaja ketika mock survey.


...........................................................................................



BERITA 9


Mesyuarat bil 6/2009 diadakan pada 24 Jun 2009.

Penekanan diberikan kepada:

1. Laporan Internal audit setiap unit

2. Persediaan staf yang akan hadir ke MSQH untuk mempelajarai tentang bagaimana untuk mengklasifikasikan dan melengkapkan rating questionnaire.

3. Maklumat tentang perancangan Mock Survey oleh Hosp Sungai Buloh.

4. Memohon tarikh penilaian akreditasi.


...........................................................................................



BERITA 8

Mesyuarat bil 4/2009 diadakan pada 8 Mei 2009.

Penekanan diberikan kepada:

1. Standard dan Questionnaire Edisi ke-3
2. Persediaan dan Internal audit ke oleh anggota hospital

3. Softcopy dan hardcopy polisi-polisi yang masih belum selesai perlu diambil tindakan segera.

4. Promosi akreditasi
5. Mock Survey


...........................................................................................


BERITA 7

Mesyuarat bil 3/2009 diadakan pada 2 April 2009.

Penekanan diberikan kepada:

1. Laporan Facility Feedback 30th month yang berkeputusan PC perlu ditambahbaik dan dihantar semula ke MSQH pertengahan bulan April.

2. Fail meja, Manual Prosedur Kerja dan Senarai Tugas yang perlu direview dan dikemaskini dengan tarikh baru.

3. Softcopy dan hardcopy polisi-polisi yang baru diwujudkan perlu dihantar kepada EO selewat-lewatnya pada 15 April 2009.

4. Fail di rak bilik mesyuarat perlu dikemaskini oleh penyelaras/ketua unit kerana juruodit akan merujuk fail-fail berkaitan semasa odit nanti.

5. Kursus OSHA

6. Kursus/Latihan Bencana Luaran

7. Credentialing & Privileging kepada Pegawai Perubatan, Jururawat dan anggota kesihatan bersekutu perlu dikemaskini.


...........................................................................................

BERITA 6

Mesyuarat bil 2/2009 diadakan pada 19 Februari 2009.

Penekanan diberikan kepada:

1. Polisi lama yang perlu diperbaharui perlu dibincangkan pada mesyuarat nanti.

2. Fail meja yang perlu direview.

3. Jenis-jenis penfailan yang diselaraskan di semua unit.

4. Polisi Operasi Hospital yang perlu difahami terutamanya oleh ketua unit dan penyelaras akreditasi.

Semua ketua unit dikehendaki membawa polisi lama masing-masing untuk perbincangan nanti.


...........................................................................................


BERITA 5

Selamat menjayakan standard akreditasi kepada semua anggota hospital ini!


...........................................................................................


BERITA 4

Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi kali pertama pada tahun ini ialah pada 23 Januari 2009 yang menerangkan tentang akreditasi edisi ketiga yang akan dijalankan peringkat demi peringkat.


...........................................................................................


BERITA 3

Tuan Pengarah telah menyarankan agar usaha untuk mengemaskini semua dokumen kualiti dapat diselesaikan dengan lancar agar semua tugas dapat dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan hospital ini akan mendapat pensijilan dengan jayanya.


...........................................................................................


BERITA 2

Pensijilan akreditasi akan diperbaharui pada bulan September tahun 2009.


...........................................................................................



BERITA 1

Hospital Slim River telah berjaya mendapat pengiktirafan Akreditasi selama 3 tahun pada 16 - 22 September 2006.


.............................................................................................

Hospital Slim River telah berjaya mendapat pengiktirafan Akreditasi selama 3 tahun pada 16 - 22 September 2006.

Pensijilan akreditasi akan diperbaharui pada bulan September tahun 2009.

Tuan Pengarah telah menyarankan agar usaha untuk mengemaskini semua dokumen kualiti dapat diselesaikan dengan lancar agar semua tugas dapat dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan hospital ini akan mendapat pensijilan dengan jayanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi kali pertama pada tahun ini ialah pada 23 Januari 2009 yang menerangkan tentang akreditasi edisi ketiga yang akan dijalankan peringkat demi peringkat.

Selamat menjayakan standard akreditasi kepada semua anggota hospital ini!
[/color][/color]

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
II Daftar Pelawat II

Jumlah Pelawat:

sejak 29 Mei 2010
Hakcipta Terpelihara © 2010 Hospital Slim River, 35800 Slim River, Perak. Tel:(+605)-452 6467, Fax:(+605)-452 6697 E-mel: h_sriver@prk.moh.gov.my
PENAFIAN :
Hospital Slim River tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Tarikh Kemaskini: 7 Sept 2010
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox (2.0.0.20) dengan resolusi 1024 x 768

Theme design by Graphic Worx