Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi Hospital Slim River ditempatkan bersekali dengan Jabatan Patologi iaitu di Aras 1 untuk memudahkan unit ini memantau kes-kes nosokomial / ”Healthcare Associated Infection” di Unit/wad di hospital ini.
VISI
Memberi sepenuh komitmen dan sumbangan dalam penyebaran maklumat berkaitan kawalan infeksi supaya pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti, bebas dari jangkitan serta mencapai pemulihan yang awal dan maksimum.
MISI
Meningkatkan kualiti perawatan pesakit menerusi kefahaman dan kesedaran di kalangan semua anggota tentang kepentingan pengawalan infeksi nosokomial
Objektif
- Memantau teknik-teknik dan prosedur perawatan pesakit mengikut polisi untuk mengelakkan dan berlakunya infeksi hospital.
- Memberi pendidikan kawalan infeksi dan meningkatkan kesedaran tentang risiko infeksi hospital terhadap pesakit, kakitangan hospital dan pelawat.
- Meningkatkan kualiti kesihatan kakitangan hospital dan pesakit.
- Memastikan persekitaran hospital sentiasa bersih dan selamat.
TPL_KONTRAS_NAME
TPL_MERAH_NAME
TPL_BIRU_NAME
Malaysia
English 