Jabatan Farmasi Dan Bekalan merupakan sokongan bagi perkhidmatan klinikal yang disediakan di hospital ini. Jabatan ini terbahagi kepada 4 subunit utama dengan fungsi utama seperti berikut :
- Farmasi Ambulatori : Farmasi Klinik Pakar berfungsi menguruskan pembekalan ubat kepada pelanggan yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital ini dan juga pesakit luar yang dirujuk secara SPUB ke hospital ini. Farmasi Mini berfungsi menguruskan pembekalan ubat kepada pelanggan yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma di hospital ini selepas waktu pejabat. Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun, Klinik Klinik Rawatan Terapi Gantian Methadone, Home Medication Review (HMR), Diabetis Mellitus Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC) dan Farmakoterapi berhenti merokok juga berada di Farmasi Ambulatori.
- Farmasi Pesakit Dalam : Menguruskan pembekalan ubat secara Unit Dos System (UDS) dan Unit of Use (UoU) untuk pesakit dalam wad. Selain itu, unit ini juga membekalkan floor stock kepada wad-wad dan unit terlibat. Unit ini juga membuat penyediaan galenikal dan prabungkus ubat.
- Farmasi Wad : Menguruskan penjagaan farmaseutikal pesakit dalam wad. Unit Farmasi Wad terbahagi kepada empat (4) pecahan unit kecil lagi iaitu Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Hemodialisis, Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (CPS), Perkhidmatan Nutrisi Parenteral (PNS) dan Perkhidmatan Farmasi Onkologi (POS).
- Farmasi Logistik : Menguruskan perolehan, penyimpanan dan pembekalan barang (ubat, vaksin, barang pakai buang, reagen dan gas perubatan) untuk kegunaan unit pemesan.
Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services)
Perkhidmatan SPUB (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu)
Membolehkan pesakit mengambil ubat-ubatan di institusi klinik dan hospital kerajaan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.
Perkhidmatan Kaunter Khas – Kad Temujanji
Perkhidmatan ini disediakan untuk preskripsi susulan dimana ubat akan disediakan lebih awal sebelum tarikh temujanji di farmasi.
Perkhidmatan Telefon & Ambil
Perkhidmatan khas kepada pesakit pediatrik yang memerlukan penyediaan ekstemporaneous.
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1 Malaysia
Bekalan ubat susulan akan dihantar melalui Pos Laju terus ke rumah dengan bayaran yang telah ditetapkan kepada Pos Laju. Perkhidmatan ini tertakluk kepada jenis ubat yang sesuai dan kawasan liputan perkhidmatan Pos Laju.
Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan
Perkhidmatan Medication Therapy Adherens Clinic (MTAC) - Kencing Manis
Perkhidmatan ini bertujuan membantu pesakit diabetes meningkatkan tahap pematuhan ubat kencing manis dan kawalan tahap glisemik.
Kaunseling Ubat-ubatan
Memberi penerangan untuk meningkatkan pemahaman pesakit berkaitan ubat-ubatan yang diambil.
Waktu Operasi
|
Hari |
Masa |
Lokasi |
|
Isnin – Jumaat (Hari Bekerja) |
8.00 pagi – 5.30 petang |
Farmasi Klinik Pakar, Aras 2 |
|
5.30 petang – 10.00 malam |
Farmasi Mini, Aras 2 |
|
|
10.00 malam – 8.00 pagi |
Jabatan Kecemasan & Trauma, Aras 2 |
|
Hari |
Masa |
Lokasi |
|
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am |
9.00 pagi – 4.00 petang |
Farmasi Bekalan Wad, Aras 1 |
|
4.00 petang – 11.00 malam |
Farmasi Mini, Aras 2 |
|
|
11.00 malam – 9.00 pagi |
Jabatan Kecemsan & Trauma, Aras 2 |
TPL_KONTRAS_NAME
TPL_MERAH_NAME
TPL_BIRU_NAME
Malaysia
English 